ARTIKEL

P1: RAKAM KENANGAN… Tun Wan Junaidi (berbaju kuning) bersama-sama Abang Johari (berbaju biru) merakam kenangan bersama-sama penerima sumbangan.

TYT, Premier hadir Majlis Berbuka Puasa bersama anak Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,200 rakyat Sarawak yang tinggal di Kuala Lumpur (KL) memeriahkan Majlis Berbuka Puasa anjuran Yayasan Sarawak di Pusat Konvensyen KL di sini, malam tadi.


Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang segak bergaya menggunakan Baju Melayu kuning serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.


Hadir sama, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof; Timbalan-Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.


Majlis dimulakan dengan penyerahan cenderahati daripada Mohamad Abu Bakar kepada TYT serta isteri, Premier Sarawak serta isteri dan Datuk Sri Fadillah.


Sementara seramai 314 pelajar terdiri daripada pelajar Kolej Genius @ Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak turut menerima sumbangan dan duit raya.

Baca lain  'Premier' tuntut semula hak Sarawak


Terdahulu, Tun Wan Junaidi bersama Abang Johari dan hadirin lain berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Sahibul Fadilah Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

SIMBOLIK… Tun Wan Junaidi menyempurnakan penyerahan sumbangan dan duit raya kepada penerima.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh