ARTIKEL

Tun Wan Junaidi serta isteri tiba pada Majlis Jamuan Negeri Bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sarawak ke-19 semalam. | Foto: JAPEN Sarawak

TYT Sarawak serta isteri hadir Majlis Jamuan Negeri Sempena Pembukaan Penggal Ketiga DUN Sarawak ke-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Taib menghadiri Majlis Jamuan Negeri Bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN ) Sarawak ke-19 di sini malam tadi.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Datuk Fatimah Mohd Iskandar.

Antara pengisian bagi memeriahkan majlis ialah persembahan hiburan oleh beberapa artis tempatan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta tetamu kenamaan lain.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)