TYT Sarawak sudah lengkap dua dos vaksin

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Normah, di sini.

Menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya, beliau berkata dos pertama vaksin Pfizer telah diterima pada 17 Mei lalu.

“Alhamdulillah, saya mendapat dos kedua vaksin Covid-19 pada Sabtu, 12 Jun 2021.

“Seperti orang lain, saya teruja apabila temu janji dos pertama saya dijadualkan pada 17 Mei lalu,” katanya menerusi hantaran pada 17 Jun.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalamannya semasa proses vaksinasi termasuk menjalani peringkat pemerhatian selama 30 minit bagi mengesan sebarang kesan sampingan selepas divaksin.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Normah, di sini.

 

Suara Sarawak