Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

TYT Sarawak terima kunjungan hormat Naib Canselor UiTM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud (tiga kiri), Profesor Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor (dua kiri) dan lain-lain merakamkan kenangan selepas kunjungan hormat, di kediaman rasmi TYT, hari ini
Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud (tiga kiri), Profesor Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor (dua kiri) dan lain-lain merakamkan kenangan selepas kunjungan hormat, di kediaman rasmi TYT, hari ini

KUCHING: Bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama antara universiti awam di Malaysia, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor mengadakan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Salah satu daripadanya adalah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

“Kunjungan hormat ini merupakan salah satu lawatan kerja rasmi bagi memastikan hubungan kerjasama antara universiti awam di negara ini dapat dikukuhkan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Roziah dilantik sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu pada 9 Ogos tahun lalu sekali gus menggantikan Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik untuk menerajui UiTM sebagai Naib Canselor sesuai dengan kelayakan cemerlang yang dimilikinya dari aspek akademik.

Selain itu, Roziah juga telah berjaya menggerakkan 22 inisiatif Universiti Terkenal Di Seluruh Dunia 2025 seperti penggabungan fakulti menjadi Kolej Pengajian 10 bidang, ‘Education 5.0 @ UiTM’ dan Pembelajaran Global.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru