ARTIKEL

Tun dan Toh Puan bersama-sama Dr Sim serta isteri dan lain-lain menyempurnakan upacara Yee Sang.

TYT serta isteri rai Tahun Baru Cina, kunjungi keluarga Dr. Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, hari ini.

Sekali gus, meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan berkunjung ke rumah Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan.

Sekitar jam 1.30 petang, kehadiran TYT serta isteri disambut meriah oleh Dr. Sim dan isteri Datin Amar Enn Ong serta ahli keluarga mereka di kediaman beliau di Jalan Wan Abdul Rahman.

Pada hari yang sama, Tun bersama-sama isteri beliau berkesempatan berkunjung ke rumah Datuk Seri Tay Chin Kin, seorang ahli perniagaan terkemuka di negeri ini.

Beliau berdua turut menyampaikan sumbangan berbentuk angpau dan buah tangan kepada 38 orang anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM).

Mengiringi Tun dan Toh Puan semasa kunjungan ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan isteri, Datin Seri Angelina Celestine Ujang serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh dan isteri, Datin Dorothy Sylvester Pungga di kediaman Datuk Sri Tay.

Baca lain  Tamatnya kluster Sg Maong, Kuching
Tun dan Toh Puan menyampaikan sumbangan berbentuk angpau dan buah tangan kepada 38 orang anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM).

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,