ARTIKEL

Foto: UKAS

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi Shell Malaysia dan Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman.

Siti yang berasal dari Kuching merupakan wanita pertama menyandang jawatan Pengerusi Shell Malaysia.

Beliau memulakan perjalanan bersama Shell sebagai sarjana Shell lulusan Imperial College di London dengan ijazah kelas pertama dalam Kejuruteraan Mekanikal dan memulakan kerjaya sebagai Jurutera Operasi di Huluan Shell Malaysia pada 1994.

Awal kerjayanya, beliau mengambil peranan dalam pembangunan, perancangan, komersial dan strategi di United Kingdom dan Malaysia.

Sehubungan itu, pada 2011, beliau menjadi wanita pertama dari Sarawak, dilantik sebagai Pengurus Aset Malaysia dan Pengarah Sabah Shell Petroleum Company Limited yang bertanggungjawab dalam operasi huluan minyak dan gas Shell di Sabah.

Turut hadir Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Shell Malaysia Jonathan Jolly, Penasihat Perhubungan Korporat Timur Malaysia M Shukury Anuar.

Foto: UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU