UAE gelanggang aksi skuad Harimau Malaya
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai venue berpusat untuk baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi pasukan Harimau Malaya.AFC menerusi laman web memaklumkan bahawa venue bagi perlawanan kelayakan yang dijadualkan berlangsung antara 31 Mei dan 15 Jun itu dimuktamadkan selepas pihak konfederasi mengadakan perbincangan dengan persatuan anggota konfederasi yang terlibat.

“UAE dipilih sebagai tuan rumah untuk Kumpulan G, yang merangkumi pasukan Vietnam, Malaysia, Thailand, dan Indonesia,” kata konfederasi itu.

Semalam AFC mengesahkan tarikh bagi baki perlawanan peringkat kumpulan, yang menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe dijadualkan menghadapi UAE pada 3 Jun, peneraju kumpulan, Vietnam, pada 11 Jun, dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan menentang Thailand pada 15 Jun.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Mac 2021

Suara Sarawak