ARTIKEL

UAE hulur bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat banjir besar di Malaysia. Kementerian Luar UAE dalam ucapan takziahnya turut menyatakan solidariti bersama kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menghadapi musibah banjir.

Menurut laporan agensi berita UAE (WAM), negara Teluk berkenaan akan menghantar pasukan sukarelawan daripada Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE bagi meninjau keadaan dan mengenal pasti keperluan mangsa yang terjejas.

Pasukan berkenaan juga akan menyampaikan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan asasi, bungkusan makanan dan ubat-ubatan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE Dr Mohammed Atiq Al Falahi berkata kerajaan UAE melalui Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan pada peringkat serantau mahupun antarabangsa.

“Presiden Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE Sheikh Hamdan bin Zayed Al Nahyan juga berbesar hati menghulurkan bantuan kemanusiaan segera demi menjaga nyawa dan memelihara kemaslahatan manusia sejagat,” katanya lagi.

Banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lepas, sehingga kini telah mengorbankan 27 nyawa, dua puluh daripadanya di Selangor manakala tujuh orang lagi di Pahang. Banjir turut dilaporkan berlaku di Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan serta Perak, susulan hujan lebat berterusan menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pengguna jalan raya terkandas akibat laluan terjejas kerana dinaiki air.  — BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU