ARTIKEL

UAE mulakan langkah kanan, Hong Kong tersungkur 3-1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DOHA: Emiriah Arab Bersatu (UAE) memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Hong Kong 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C, semalam.

Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa di Bandar Al Rayyan, naib juara edisi 1996 itu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sultan Adill Alamiri pada minit ke-34.

Bagaimanapun, Hong Kong bangkit menyamakan kedudukan selepas empat minit babak kedua bermula, menerusi pemain tengah Philip Chan Siu Kwan.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, UAE pantas memberikan respons menerusi rembatan deras pertahanan Zayed Sultan yang singgah ke dalam gawang lawan menewaskan Yapp Hung Fai pada minit ke-52.

UAE yang mara ke separuh akhir pada edisi lepas, dihadiahkan penalti kedua pada masa kecederaan yang disempurnakan pemain sayap Yahya Al Ghassani sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya pasukan.

Terdahulu, jaringan kedua Hong Kong oleh penyerang Michael Udebuluzor pada masa kecederaan babak kedua dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

UAE akan berdepan Palestin pada 18 Jan manakala Hong Kong akan bertemu Iran sehari selepas itu.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU