ARTIKEL

Volunteers organize donations to be taken to Guaiba for flood victims in Porto Alegre, Rio Grande do Sul state, Brazil, on May 13, 2024. Brazil's President Luiz Inacio Lula da Silva on Monday put off a state visit to Chile to focus on the historic floods in the south of the country that have left 147 dead. Torrential rains since the beginning of the month in Rio Grande do Sul state have caused rivers to burst their banks, leaving towns and parts of the bustling state capital Porto Alegre under water. Around two million people have been affected, more than 600,000 of whom were forced from their homes due to the disaster, which experts attribute to climate change and the El Nino weather phenomenon. (Photo by Anselmo Cunha / AFP)

UAE sumbang bantuan 100 tan makanan, perubatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.

Pesawat itu dihantar di bawah arahan Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa, Reem Ebrahim Al Hashimy berkata sistem pemantauan UAE yang mantap mengesan pelbagai bencana alam termasuk banjir dan kesannya.

“Apabila bencana ini melanda dan menyebabkan kerosakan, UAE segera memberikan bantuan kemanusiaan segera melalui program bantuan luar negaranya.

“Bantuan ini membantu rakyat di negara yang terjejas untuk pulih daripada kemusnahan, terutamanya kumpulan yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak dan warga emas,” katanya.

Menteri tersebut menyatakan bahawa pesawat yang dihantar itu membawa 100 tan bantuan, perubatan dan makanan, dengan dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan, menjadikan jumlah bantuan yang akan diberikan sekitar 300 tan selaras dengan usaha bantuan UAE. – Bernama-WAM 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU