ARTIKEL

Ubah kaedah mengajar, tingkat minat pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa pengurusan sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai mencari kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, ia penting bagi meningkatkan minat pelajar sekali gus memudahkan guru untuk menyampaikan maklumat.
Malah menurutnya, kebanyakan sekolah di bandar besar seluruh negara sudah mula menggunakan kemudahan digital untuk mengajar.

“Kita perlu memastikan usaha memartabatkan pendidikan sebagai tunjang utama setiap masa.

“Jadi kita perlu memperkemaskan diri dalam berkongsi ilmu dengan pelajar termasuk menguasai digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menangguhkan Seminar Pemugaran Kepimpinan Pengurusan Sekolah.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai menjelaskan, kecanggihan teknologi sekarang menuntut setiap guru mengubah kaedah mengajar.

“Kaedah konvensional masih boleh digunakan namun ia perlu disertakan dengan peralatan terkini.
“Ia penting untuk memastikan guru dapat meningkatkan kualiti dalam bidang akademik,” ujarnya.

Beliau berharap setiap sekolah dapat mencari alternatif terbaik atau lebih kreatif dalam memacu pendidikan.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU