ARTIKEL

Ubah landskap ekonomi, tingkatkan pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris akan terus komited membangunkan Daerah Simunjan bagi memastikan masyarakat kawasan terbabit dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Ia sekali gus, mengubah landskap sosioekonomi penduduk setempat yang menjurus kepada peningkatan pendapatan.

“Fokus saya ketika ini mahu meneruskan agenda pembangunan mencakupi pelbagai kemudahan di Daerah Simunjan.

“Ia bagi memastikan segala projek pembangunan yang telah diluluskan akan dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Karnival Jom Ke Masjid 2023.

Menurut Awla, pelbagai kemudahan infrastruktur akan menyaksikan kerancakan pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.

Terdahulu beliau memuji usaha jawatankuasa pengelola atas penganjuran program berkenaan.

Katanya, melalui pendekatan seperti ini dapat menggalakkan golongan sasar terutama para belia, remaja dan masyarakat di kawasan setempat.

Pada masa sama, program berkenaan dapat dijadikan landasan merapatkan hubungan silaturahim semua pihak.

Pelbagai aktiviti dilangsungkan sebagai pengisian program berkenaan, sukaneka, pertandingan membaca surah lazim, konvoi berbasikal dan gotong-royong.

Ia turut dihadiri ketua-ketua kaum kawasan Simunjan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hijrah Daerah Simunjan.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim