ARTIKEL

FRANCIS HARDEN mendengar taklimat semasa Program T-ABC Bahagian Sri Aman di sini, hari ini.

Ubah sikap bantu selesaikan kesesakan jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Transformasi sistem pengangkutan awam dan pembangunan jalan bandar sahaja tidak memadai untuk menyelesaikan isu kesesakan dan keselamatan jalan raya.

Sebaliknya, penekanan harus diberikan kepada perubahan sikap pengguna jalan raya itu sendiri agar memahami dan patuh undang-undang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin.

Sehubungan itu tegasnya, kementeriannya dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak memperkenalkan Program T-ABC atau Transport – Awareness Behavioural Change untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di seluruh Sarawak.

“Tidak kira apa usaha dilakukan kerajaan, sama ada melalui pembangunan infrastruktur, sistem pengangkutan moden, subsidi pengangkutan, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

“Sebenarnya kita masih tidak dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas sekiranya pengguna jalan raya itu sendiri tidak menyumbang untuk membantu pihak berkuasa.

“Justeru, penekanan perlu diberikan terhadap perubahan sikap agar masyarakat memahami dan patuh peraturan jalan raya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh