ARTIKEL

RINGANKAN BEBAN…Dr Kelvin menyerahkan bantuan kewangan kepada salah seorang mangsa kebakaran Jalan Ewe Hai, dekat Lebuh Carpenter, di sini.

Ubah suai dalam bangunan, pendawaian perlu patuhi syarat keselamatan kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Segala pengubahsuaian dalam struktur bangunan termasuk pendawaian elektrik perlu mematuhi syarat keselamatan kebakaran.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menzahirkan kebimbangannya berikutan berlakunya beberapa kejadian kebakaran di Kuching kebelakangan ini dan khuatir ia akan meningkat pada musim kemarau.

Justeru, beliau berkata, isu teras membabitkan pencegahan kebakaran perlu ditangani agar kejadian yang serupa tidak akan berulang.

“Ini termasuk pemeriksaan kesemua bangunan secara kerap bagi memastikan ia mematuhi keselamatan kebakaran.

“Dan bagi pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan bahawa sebarang pengubahsuaian atau perubahan struktur kepada mana-mana bangunan termasuk pendawaian elektrik, melepasi syarat keselamatan kebakaran yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Ewe Hai, berdekatan Lebuh Carpenter, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang juga Adun Padungan.

Dalam masa yang sama, katanya, pili bomba di seluruh Kuching perlu diselenggara dan orang ramai juga diingatkan agar tidak meletakkan kenderaan mereka yang menghalang pili bomba serta jentera bomba.

Baca lain  Sertai Sayembara Pidato Bahasa Jiwa Bangsa 2024 Sarawak

Jelasnya, ini kerana ia akan menyukar pihak bomba untuk melalui kawasan kejadian.

“Itulah sebabnya kita semua mesti memainkan peranan kita untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku untuk melindungi diri kita dan orang tersayang

“Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk memberikan sokongan kepada mangsa yang terjejas dan menemani mereka mengharungi cabaran yang mendatang,” ujarnya.

Terdahulu, sekurang-kurangnya lima buah kedai dijilat api dalam kejadian dilaporkan kira-kira jam 1.40 petang, 8 Mac lalu.

Sebuah kereta yang diletakkan dihadapan kedai turut musnah dalam kejadian tersebut.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, Tabuan Jaya dan Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi untuk mengawal kebakaran.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa