SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Ubat obesiti dipertimbang dalam senarai penting

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertimbangkan buat kali pertamanya untuk memasukan ubat menangani obesiti, dalam senarai penting ubat-ubatan yang diperlukan untuk dijadikan panduan dalam keputusan pembelian di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Mengutip Reuters, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata panel penasihat WHO akan menyemak permintaan baharu untuk memasukkan ubat-ubatan pada bulan depan, dengan senarai ubat penting yang dikemas kini dikeluarkan pada September.

Permintaan untuk mempertimbangkan ubat obesiti dikemukakan oleh tiga doktor dan seorang penyelidik di Amerika Syarikat.

Ia meliputi bahan aktif liraglutide dalam ubat obesiti Novo Nordisk Saxenda yang dikeluarkan paten tidak lama lagi, membolehkan pengeluaran versi generik lebih murah.

Panel tersebut boleh menolak permintaan itu atau menunggu sementara memperoleh lebih banyak bukti.

Keputusan WHO untuk memasukkan Saxenda dalam senarai untuk orang dewasa akan menandakan pendekatan baharu terhadap obesiti global oleh agensi kesihatan itu.

Ia juga mengorak langkah bagi rawatan baharu dan lebih berkuasa berbanding Novo Nordisk yang dipanggil Wegovy untuk disyorkan bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana pada masa hadapan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru