ARTIKEL

Ubat rawat jangkitan COVID-19 dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri bernilai RM2,500 dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata produk berjenama ‘Lianhua Qingwen Jiaonang’ disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Ia adalah rampasan kali kedua ke atas produk itu selepas Oktober tahun lalu.

“Produk yang tidak berdaftar ini telah didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri dan dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan sekiranya digunakan berterusan tanpa pemeriksaan rawatan perubatan daripada pengamal perubatan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Sha’ari berkata, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya