Ucapan Entulu pandangan peribadi

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak akan mengguna pakai pandangan Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai manifesto dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Tidak, itu cuma pandangannya dan jawatankuasa pusat PSB tidak memutuskannya dalam manifesto kami,” kata Setiausaha Agungnya, George Lo.

Bagaimanapun, Lo berkata menerima baik beberapa daripada pandangan Entulu itu.

“Ini pertama kali saya membaca teks ucapannya tetapi saya harus mengatakan bahawa banyak ucapannya masuk akal kepada saya,” katanya.

Suara Sarawak