ARTIKEL

UCSI perkenal Diploma Pengurusan Acara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Margaret Chan bersama-sama Mukvinder Christopher Wan dan Ting Hui Bun ketika menyempurnakan simbolik pelancaran program baharu Diploma Pengurusan Acara UCSI di Kuching, hari ini.

KUCHING: Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan Universiti UCSI Kampus Sarawak semalam melancarkan program baharu iaitu Diploma Pengurusan Acara.

Diploma itu diperkenalkan sebagai langkah untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran dan tuntutan industri acara selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Menurut Pengerusi Business Event Sarawak (BESarawak) Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Openg, kurikulum dalam program pengurusan acara ini akan melengkapkan pelajar secara holistik dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh digunakan dalam disiplin acara yang dianggap penting untuk kerjaya masa depan.

“Industri pengurusan acara Sarawak berjaya merekodkan 109 acara perniagaan dengan anggaran pendapatan RM365 juta,” katanya sempena pelancaran Diploma Pengurusan Acara UCSI, di sini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ahli Lembaga Pengarah BESarawak Profesor Madya Dr Margaret Chan Kit Yok ketika mewakili Abang Karim.

Dengan perkembangan dan nilai tambah itu, katanya keperluan modal insan memainkan peranan penting dalam menjayakan lebih banyak penganjuran acara.

Program baharu itu jelasnya secara tidak langsung akan membantu BESarawak dan kerajaan negeri melalui penyediaan acara dan festival tenaga kerja profesional dan cekap.

Baca lain  Pastikan GPS sapu bersih semua kerusi

Pengambilan pertama bagi Program Diploma Pengurusan Acara ini akan bermula pada Januari 2023 dan telah diperakui oleh Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA), merangkumi 23 silibus pengajian yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun selain satu subjek elektif iaitu bahasa asing.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier