ARTIKEL

UCT buka kemudahan pembuatan baharu bernilai RM250 juta di Pulau Pinang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU KAWAN: Ultra Clean Holdings Inc (UCT), pemaju dan pembekal subsistem kritikal, komponen, serta perkhidmatan pembersihan berkuasa tinggi serta analisis berketulenan tinggi, membuka kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang, menandakan pengembangan besar dalam sektor semikonduktor di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UCT, Jim Scholhamer berkata kemudahan canggih itu, bernilai RM250 juta akan memastikan kesinambungan perniagaan, mengupayakan syarikat dalam memberikan nilai lebih baik kepada pelanggan tempatan dan global serta memanfaatkan peluang pertumbuhan jangka panjang.

“Mengimbas kembali pada 2019, waktu itu kami menyedari bahawa UCT perlu mengembangkan operasi globalnya secara strategik di rantau Asia-Pasifik (APAC) untuk menyokong sepenuhnya permintaan pelanggan, kerana mengetahui bahawa industri semikonduktor bersedia untuk berkembang dengan ketara dan mencapai tahap baharu pada tahun-tahun akan datang.

“Kami telah menimbangkan beberapa negara, dan akhirnya memilih Malaysia sebagai sebuah lokasi yang paling sesuai, dengan Pulau Pinang sebagai pusat ekosistem semikonduktor yang sedang berkembang di rantau Asia Pasifik, serta mempunyai rakan niaga rantaian bekalan tempatan yang kukuh dan tenaga mahir yang tersedia, dan paling penting mendapat sokongan padu daripada kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian UCT di sini hari ini.

Scholhamer berkata UCT menjangkakan bahawa apabila selesai semua fasa pembinaan kemudahan itu, ia berpotensi menjana pendapatan tambahan sebanyak US$600 hingga US$800 juta (RM3.78 bilion), membawa kepada peningkatan ketara untuk ekonomi tempatan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang merasmikan majlis itu optimis UCT mampu meraih banyak faedah daripada operasinya di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Lembah Silikon Timur.

Beliau berkata negeri itu menunjukkan keupayaannya sebagai negeri pengeksport utama negara, dengan nilai eksport RM463 bilion dicatatkan pada 2022.

“Pada 2023, walaupun industri semikonduktor mengalami kelembapan, Pulau Pinang kekal di senarai teratas, mencatatkan nilai eksport RM435 bilion, mewakili 31 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

“Meskipun dengan pencapaian ini, Pulau Pinang tetap komited dalam mengukuhkan kedudukan sebagai sebagai hab pembuatan termaju, dengan kerajaan negeri akan memberi penekanan khusus bagi menarik syarikat yang mempunyai komitmen kukuh untuk membangunkan teknologi termaju dan pelaburan yang mampan,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Pulau Pinang Muhammad Ghaddaffi Sardar Mohamed dan CEO InvestPenang Datuk Loo Lee Lian.

Beribu pejabat di Hayward, California, UCT kini menggaji 600 pekerja tempatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU