UCTS sah milik Yayasan Sarawak

KUCHING: Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) kini milik Yayasan Sarawak sepenuhnya.
Menurut kenyataan media Yayasan Sarawak, telah melantik Menteri Muda Pendidikan Sains, dan Teknologi Penyelidikan Dr Annuar Rapaee sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.
Beliau juga merangkap Menteri Muda Kerajaan Kesihatan Awam dan Perumahan.
“Oleh itu, kini terdapat tiga buah universiti yang stabil di bawah Yayasan Sarawak.
“Tiga buah universiti berkenaan ialah Universiti Curtin Malaysia di Miri, Universiti Teknologi Swinburne dan UCTS,” katanya.

Suara Sarawak