Trending

UEM Edgenta cipta rekod MBR

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka di rantau ini, diiktiraf atas sumbangan dalam sektor penyelesaian penjagaan kesihatan.

Anak syarikatnya, Edgenta Healthtronics Sdn Bhd (EHSB) baru-baru ini meraih Anugerah The Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pembinaan bangunan FHyICU terpantas ketika pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata Unit Rawatan Rapi Hibrid Lapangan (FHyICU) dengan sejumlah 150 katil tercanggih itu dibina di hospital kerajaan terpilih di Malaysia.

“Ia adalah bukti komitmen UEM Edgenta yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan pelaksanaan projek unggul dalam mendepani keadaan mencabar.

“Dipacu oleh keazaman untuk menangani krisis ini dengan berkesan, Kementerian Kesihatan (KKM) mencari kerjasama strategik dengan perusahaan swasta yang cekap dan mampu meningkatkan infrastruktur penjagaan kesihatan serta memperkukuh kapasiti kesihatan negara.

“Sebagai sebuah perusahaan tempatan, UEM Edgenta amat berbangga dengan komitmennya bagi menyokong usaha pemulihan COVID-19 oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Syahrunizam, dengan memanfaatkan kepakaran khusus pihaknya, mereka berjaya merealisasikan konsep inovatif FHyICU KKM, sebuah unit ICU mudah alih yang dilengkapi dengan bekalan kuasa, oksigen dan bekalan air.

Tambahnya, pencapaian itu merupakan bukti keupayaan syarikat itu dalam mengatasi cabaran dan menyediakan penyelesaian penting dengan tepat terutamanya apabila diperlukan.

“Kejayaan menyiapkan kemudahan FHyICU 150 katil ini adalah bukti komitmen kami dalam memenuhi keperluan penjagaan kesihatan negara, terutama semasa fasa kritikal pandemik COVID-19.

“Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian terbaik, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan kemajuan infrastruktur penjagaan kesihatan negara,” tambahnya.

Sementara, Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan Ketua Healthcare Solutions, UEM Edgenta, Shaiful Subhan berkata pengiktirafan oleh MBR buat julung kalinya itu merupakan detik membanggakan buat UEM Edgenta serta warga kerjanya yang berdedikasi.

Katanya, syarikat itu berharap dapat meneruskan misinya untuk menyampaikan penyelesaian inovatif dan menyumbang kepada kemajuan arena penjagaan kesihatan di negara ini.

“Pencapaian ini adalah bukti komitmen kami kepada kecemerlangan dan inovasi, walaupun berada dalam keadaan mencabar,” ujarnya.

Pembinaan FHyICU merupakan satu inisiatif terbaharu untuk meningkatkan keupayaan penjagaan kritikal, dilaksana secara serentak di beberapa lokasi di seluruh Malaysia semasa pandemik.

Dengan sejumlah 14 lokasi yang berbeza, pencapaian itu menekankan komitmen UEM Edgenta terhadap kecemerlangan penjagaan kesihatan dan dedikasinya untuk menyokong infrastruktur penjagaan kesihatan negara terutamanya semasa krisis.

Dilantik oleh KKM, UEM Edgenta melalui EHSB berkhidmat sebagai kontraktor utama untuk projek berwawasan itu serta bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi yang memainkan peranan penting dalam kejayaan menyiapkan projek FHyICU, iaitu Synar Setara Resources Sdn Bhd; S&A Bintang Sdn Bhd dan Perunding Al-Shura M&E Sdn Bhd.

UEM Edgenta komited meneruskan perjalanan inovasinya yang luar biasa, memacu pertumbuhan, sekali gus menyampaikan teknologi dan impak yang dipacu kelestarian kepada semua pihak berkepentingan.

Untuk maklumat lanjut lebih lanjut, sila layari laman sesawang www.uemergenta.com.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Rancakkan ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan berlandaskan Ekonomi MADANI dengan menumpukan kebijakan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru