ARTIKEL

UEM Group beli kepentingan majoriti dalam cenergi daripada Khazanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: UEM Group Bhd membeli pegangan saham majoriti dalam syarikat penyelesaiaan tenaga mampan, Cenergi SEA Bhd, daripada Khazanah Nasional Bhd, dan merancang untuk mengembangkan perniagaan tenaga boleh baharu di bawah anak syarikat baharu itu.

Dalam kenyataan pada Rabu, UEM menjelaskan Cenergi, ditubuhkan pada 2008, memiliki kepakaran dalam mengurangkan jejak karbon menerusi pelaburan dalam tenaga boleh baharu, terutama biogas, biojisim, solar serta projek kecekapan tenaga.

Cenergi ialah peserta industri biogas sisa akhir efluen sawit (POME) bersambung grid terbesar di Malaysia, tambahnya.

UEM memaklumkan Cenergi turut memiliki portfolio 23 loji janakuasa biogas di Malaysia dan Indonesia, dengan kapasiti penjanaan keseluruhan sebanyak 39.6 megawatt (MW) di samping mengendalikan 20 projek solar di seluruh Malaysia, melibatkan ladang solar dan solar atas bumbung, dengan kapasiti keseluruhan melebihi 37.6 megawatt puncak (MWp).

Pada ketika ini, Cenergi sedang dalam proses membina dan membangunkan pelbagai projek biogas, solar atas bumbung dan ladang solar di Malaysia, menurutnya.

Anak syarikat Cenergi, Cenergi EE Holdings Sdn Bhd pula dianugerahkan kuota sebanyak 29.99MW oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) baru-baru ini, jelas UEM.

Pengarah Urusan UEM Group,  Datuk Mohd Izani Ghani berkata Cenergi memiliki rekod kerja yang cemerlang dalam pelbagai projek di seluruh negara.

“Syarikat ini mempunyai potensi yang cukup baik dan kami komited untuk mengembangkannya di samping menyediakan sokongan dari segi kepakaran, pengoperasian dan kewangan untuk memperkasakan lagi keupayaan operasi Cenergi, meraih lebih banyak projek dan membuka jalan ke arah era pertumbuhan baharu.

“Cenergi merupakan aset penting UEM Group dan kami berazam untuk meletakkan Cenergi sebagai jaguh hijau tempatan untuk menyumbang ke arah masa hadapan Malaysia yang lebih lestari,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut UEM sepanjang tempoh Ogos 2012 sehingga Mei 2023, Cenergi merusi rangkaian aset dan pelaburannya telah mengurangkan sejumlah 2.4 juta tan pelepasan karbon, bersamaan dengan mengalihkan kira-kira 547,762 kenderaan penumpang dari jalan raya atau membekalkan tenaga kepada 310,234 rumah setahun.

Mohd Izani berkata tenaga boleh baharu adalah antara sektor utama dan yang diberi tumpuan segera oleh UEM Lestra Bhd (UEM Lestra), sayap industri hijau dan anak syarikat milik penuh UEM Group, susulan daya tarikan pasaran yang kukuh serta kepentingannya dalam memacu agenda penyahkarbonan Malaysia.

“Penyertaan Cenergi dalam UEM Group akan membolehkannya berserta dengan anak-anak syarikat kami yang lain merentas pelbagai perniagaan teras yang berbeza selain saling melengkapi secara strategik.

Menerusi langkah memanfaatkan kepakaran dan kelebihan setiap anak syarikat, kami akan dapat mencipta peluang perniagaan sinergistik buat UEM Group secara keseluruhan,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau