ARTIKEL

Uggah, Baru sepakat projek di Sarawak tidak dipolitik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Buat julung kalinya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerja Raya Baru Bian semalam secara bersama mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTN) di sini.

Mesyuarat ini penting untuk memastikan pelaksanaan dasar, program dan projek Kerajaan Persekutuan, khususnya di bawah Rancangan Lima Tahun negara dan inisiatif semasa kerajaan diselaraskan serta dipantau secara holistik dengan kerjasama Kerajaan Sarawak.

Menurut Uggah, mesyuarat kali kedua itu amat bermakna dan bersejarah kerana ia bertujuan me- laksanakan pemantauan ke atas projek Persekutuan yang dilaksa- nakan di Sarawak.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana melantik saya sebagai Pengerusi Bersama MTN.

“Oleh itu, saya berharap setiap projek yang dijalankan di Sarawak tidak dipolitikkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini.

Uggah berkata, beliau berpuas hati dengan hasil mesyuarat berkenaan dan berharap ia diteruskan untuk memantau pelaksanaan projek bekalan elektrik di negeri ini.

“Terdapat keperluan untuk memantau projek bekalan elektrik di Sarawak apabila Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2 bilion.

“Pemantauan ini penting agar tidak berlaku pertindihan projek bekalan elektrik antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan,” ujarnya.

Dalam sidang media yang sama, Uggah turut menzahirkan penghargaan Kerajaan Sarawak terhadap peruntukan RM10.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja penyukatan tanah di negeri ini. “Peruntukan terbabit membolehkan Kerajaan Sarawak melakukan penyukatan tanah di bawah Seksyen 6 dan 18 Kanun Tanah Negeri.

“Ini membuktikan wujudnya kerjasama antara Putrajaya dan Sarawak dalam menangani isu tanah,” katanya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU