Uggah: Berhenti sebar berita palsu

KUCHING: Berhenti menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, tegas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurutnya, dalam beberapa hari ini terdapat banyak berita palsu yang tersebar di media sosial yang boleh mencetuskan panik kepada orang ramai.
“Tindakan menyebarkan berita palsu adalah amat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kekeliruan.
“Justeru, saya mengingatkan orang ramai untuk tidak terkeliru dengan berita palsu kerana ia menyusahkan semua pihak,” katanya pada sidang media hari ini.
Tambahnya, hari ini juga terdapat sebaran berita palsu mengenai jangkitan kes Covid-19 di Sarawak.
Terdahulu, hari ini tular di media sosial apabila beberapa laman Facebook mengeluarkan kenyataan sendiri menyatakan terdapat 321 kes positif Covid-19 di Sarawak sehingga menyebabkan orang ramai keliru dan risau.

Suara Sarawak