ARTIKEL

Uggah gesa rakyat Sarawak beri kerjasama dalam usaha tangani COVID-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Meskipun jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak masih kecil apabila hanya mencatat angka 20 setakat ini, penduduk di negeri itu perlu memberikan kerjasama dalam usaha mencegah penularan lanjut penyakit tersebut dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata jika jangkitan itu terus menular, dikhuatiri bahawa hospital tidak akan mempunyai katil yang mencukupi bagi menampung bilangan pesakit.

“Ini amat membimbangkan kami, sebab itu kami keluarkan garis panduan. Saya merayu kepada orang ramai agar mematuhi garis panduan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Kem Belia Kemuyang yang terletak kira-kira 21 kilometer dari sini.

“Kami belajar daripada apa yang berlaku di seluruh dunia. Dasar isolasi dan meminimumkan kontak nampaknya berjaya menghentikan penularan penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata terdapat empat hospital yang ditetapkan bagi merawat pesakit COVID-19 iaitu Hospital Besar Sarawak serta hospital-hospital di Sibu, Bintulu dan Miri manakala hospital lain di negeri itu tidak boleh merawat pesakit yang dijangkiti virus tersebut kerana kekurangan kakitangan dan peralatan.

Jika hospital yang ditetapkan tidak mampu menampung jumlah pesakit COVID-19, pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain perlu dipindahkan ke hospital lain atau hospital swasta, katanya.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan hospital swasta semalam untuk melihat bagaimana mereka boleh membantu jika kami perlu memindahkan pesakit yang tidak dijangkiti COVID-19,” katanya sambil menambah bahawa semua hospital swasta di Sarawak telah dimaklumkan agar memastikan kesiapsiagaan kakitangan dan peralatan mereka pada setiap masa bagi mengelak sebarang keadaan tidak bersedia.

Mengulas tapak Kem Belia Kemuyang, Uggah berkata ia didapati sesuai untuk dijadikan pusat kuarantin COVID-19 selepas tiga lagi lokasi di Bintulu, Miri dan Kuching dikenal pasti bagi tujuan sama.

“Selepas memeriksa tempat itu, kami memutuskan bahawa ia boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Terdapat 10 bilik individu yang dianggap mencukupi buat masa ini. Pada masa yang sama, saya akan meminta pasukan (pengurusan bencana) Sibu untuk meninjau tempat lain jika kita memerlukan lebih banyak ruang,” katanya.

Turut mengiringi beliau semasa lawatan itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. – Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha