HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Uggah kembali galas tugas Pengerusi JPBN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Amar Jaul Samion serah dokumen jawatan Pengerusi JPBN kepada Datuk Amar Douglas Uggah

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas kembali menggalas tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semalam.

Penyerahan dokumen tugas jawatan sebagai Pengerusi JPBN itu telah diserahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion di Wisma Bapa Malaysia.

Hadir sama menyaksikan penyerahan dokumen tugas jawatan itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Penasihat JPBN Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar) Datu Ik Pahon Joyik dan Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Rosemawati Ariffin.

Untuk rekod, pada 6 November lalu, penyerahan jawatan Pengerusi JPBN dilakukan oleh Uggah kepada Jaul susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru