ARTIKEL

Ugut bakar harta benda ibu jika tidak dibelikan motosikal baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan kerana mengugut hendak membakar harta benda milik ibunya sekiranya tidak dibelikan sebuah motosikal baharu.

Suhaili Samsuddin, 32, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Kampung Lintang, Jalan Hashim Jaafar, sekitar jam 5.30 petang, 15 September lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, anak pengadu telah mengugut hendak membakar sesuatu jika tidak dibelikan sebuah motosikal baharu.

Pengadu yang bimbang akan keselamatan diri kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh berjaya ditangkap pada 17 September lalu, sekitar jam 11.45 pagi di sebuah pondok pengawal di Muara Tabuan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap ibunya berusia 55 tahun hendak membakar benda lain sekiranya tidak dibelikan sebuah motosikal.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San