ARTIKEL

Gambar Hiasan

Ugut bunuh ibu guna pisau pemotong daging, lelaki dipenjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki tempatan atas ugutan hendak membunuh ibu kandungnya menggunakan sebilah pisau pemotong daging, Jun lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap Awang Jazli Awang Jalal, 24, bekerja sebagai pembantu katering mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mengugut hendak membunuh ibunya berusia 63 tahun di kediaman mereka di Kampung Semariang Batu, kira-kira jam 3.01 pagi, 20 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu (ibu tertuduh) terdengar bunyi bising dalam bilik tertuduh lalu melihat tertuduh sedang memegang sebilah pemotong daging lalu mengacukan senjata tersebut ke arahnya dengan mengeluarkan kata-kata “aku nak netak kau”.

Saksi kejadian iaitu anak perempuan pengadu lalu menghubungi pihak polis mengenai kejadian tersebut seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh sekitar jam 4.04 pagi, hari yang sama.

Punca kejadian kerana pengadu selalu menegur tertuduh yang sering mengamuk.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

Kes curi di Miri: PDRM lancar Op Kesan 

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian

BERITA TERBARU