Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Ugut bunuh polis, penganggur dipenjara empat bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan ugut bunuh seorang anggota polis, Disember tahun lalu.

Tertuduh Syaifuddin Morni, 38, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan kata-kata ugut bunuh terhadap seorang anggota polis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, kira-kira jam 3.55 petang, 12 Disember 2022.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu merupakan anggota polis dan beberapa orang anggota polis yang lain mendengar tertuduh mengeluarkan kata-kata ugutan seperti ” kamek keluar tok kamek akan bunuh sidak polis tok semua demi Allah kamek akan bunuh”.

Pihak polis kemudian menahan tertuduh di perkarangan pejabat tersebut untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tertuduh mempunyai rekod lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru