ARTIKEL

Gambar hiasan

Ugut Jenayah: Lelaki Tempatan Dipenjara 12 Bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana sengaja melakukan ugutan jenayah hendak mencederakan seorang lelaki menggunakan sebilah parang.

Tertuduh berusia 51 tahun dari Landeh itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana sengaja melakukan ugutan jenayah hendak mencederakan seorang lelaki berusia 54 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di hadapan rumah pengadu di Landeh, sekitar 7 pagi, 14 Ogos 2025.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh tiba-tiba datang ke rumah pengadu lalu membuat bising dan memotong pokok pisang serta merosakkan tiga buah pasu bunga di luar pagar rumah pengadu.

Akibat kejadian terbabit, pengadu mengalami kerugian sekitar RM100.

Laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama, sekitar 5 petang.

Hasil siasatan mendapati tertuduh datang ke rumah pengadu dengan membawa parang dalam keadaan marah tanpa sebab munasabah.

Dia juga mengeluarkan kata-kata ugutan seperti; ‘keluar, saya mahu potong kamu’ yang bertujuan untuk mencederakan pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU