ARTIKEL

UiTM bantu mahasiswa hasilkan cendawan tiram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MACHANG: Selari dengan saranan kerajaan menangani krisis ketidakcukupan makanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan membuka lembaran baharu apabila menggunakan sistem iMistroom 2000 iaitu rumah cendawan pintar modular yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan cendawan tiram putih di kampus Machang.

Pensyarah Teknologi Maklumat merangkap ahli kumpulan penyelidik cendawan Internet benda (IoT) Dr Syerina Azlin Md Nasir berkata, kaedah iMistroom dan IoT yang dibangunkan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran tanaman cendawan hingga dua kali ganda berbanding kaedah biasa, malah membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Rumah cendawan kontemporari yang menggabungkan sistem IoT ini dapat memberi kawalan alam sekitar yang lebih inklusif, reka bentuk dan pemilihan bahan binaan dengan kos yang efektif serta proses penyelenggaraan lebih mudah.

“Inkubator ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan golongan B40 mendapat kemahiran serta tunjuk ajar daripada kami untuk memulakan perniagaan berasaskan cendawan tiram putih,” katanya kepada pemberita di UiTM Kampus Machang, di sini semalam.

Beliau berkata berkata sebanyak 2,000 bongkah cendawan tiram putih ditempatkan di dalam inkubator itu dengan setiap bongkah menghasilkan lima hingga enam kali tuaian dan maksimum lima kilogram sehari bagi 1,000 bongkah.

“Selain kita ingin menjana pendapatan mahasiswa dan komuniti setempat, perkara penting yang ingin kami terapkan ialah cara pemindahan ilmu itu berlaku kerana daripada ilmu yang diberikan ini ia melahirkan lebih ramai usahawan cendawan tiram putih yang permintaannya sangat tinggi di pasaran ketika ini,” katanya.

Sementara itu, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran UiTM Machang yang juga perintis projek itu, Wan Muhammad Syukri Wan Norjik, 25, berkata sistem iMistroom 2000 dapat dipantau dan dikawal dari jarak jauh kerana dilengkapi pad penyejuk bagi menjaga suhu pada kadar yg sesuai dan lampu ultralembayung yang berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran cendawan.

“Selain itu, sistem yang dipasang ini juga dapat memantau kelembapan sekitar 85 hingga 95 peratus dan suhu pada 23 hingga 30 darjah Celcius sekali gus dapat meningkatkan kualiti hasil cendawan sebagaimana yang disyorkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),” katanya.

Wan Muhammad Syukri yang turut mengusahakan perniagaan cendawan tiram kelabu secara konvensional di rumahnya dengan hasil jualan mencecah sekitar RM10,000 sebulan turut berharap agar lebih ramai mahasiswa dan golongan B40 menceburi perniagaan berkenaan kerana hasilnya sangat lumayan sekali gus dapat meningkatkan keterjaminan makanan negara. – Bernama

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU