UiTM masukkan robotik dan pengkodan untuk perluas pembelajaran stem

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memasukkan robotik dan pengkodan sebagai sebahagian daripada sukatan mata pelajaran mereka, bagi meningkatkan lagi perspektif dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Metamatik (STEM).

Rektor UiTM Sarawak Datuk Dr Jamil Hamali hari ini berkata memasukkan robotik dan pengkodan ke dalam silibus merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk melahirkan bakat muda dalam teknologi dron.

“Walaupun di Malaysia ia masih diperingkat awal, senario teknologi dron boleh dibangunkan lagi melalui inisiatif kerjasama awam-swasta, dan penglibatan agensi kerajaan berkaitan,” katanya berucap di Persidangan mengenai Komputer dan Aplikasi Dron (IConDa) 2019, yang telah rasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini.

Jamil berkata, UiTM sentiasa menyokong usaha mewujudkan satu budaya masyarakat yang inovatif dan dinamik dan organisasi IConDa 2019 merupakan satu platform yang membolehkan mereka mencapai potensi untuk generasi akan datang.

“Ini adalah satu platform tepat untuk berhubung dengan kesemua peserta dalam satu sesi dialog terbuka yang membina mengenai signifikasi dron dan komputer dan bagaimana ia memberi kesan terhadap hidup kita,” katanya. – Bernama