ARTIKEL

Uitm Sarawak, Geospec jalin kerjasama perkasa pembangunan akademik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOU… Jamil (dua kanan) dan Kelvin (dua kiri) bersalaman selepas Majlis menandatangani MoU di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak, hari ini. Turut kelihatan Jeffery (kiri) dan Abang Zainoren (kanan)

KOTA SAMARAHAN: Kerjasama antara Universiti  Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dengan Geospec Sdn Bhd menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) akan menggalakkan lagi aktiviti akademik, penyelidikan dan intelektual.

Rektor UiTM Profesor Datuk Dr. Jamali Hamali berkata, ia juga akan melibatkan bidang penyelidikan dan penyeliaan; pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan ilmu dalam pengajaran, pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan.

RAKAMAN KENANGAN… Jamil merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat serta wakil yang lain, hari ini.

Menurutnya, MoU itu juga melibatkan penerimaan latihan praktikal pelajar untuk satu tempoh yang dipersetujui bersama dan menjalin kerjasama di dalam bidang-bidang lain seperti yang dipersetujui dari semasa ke semasa.

“Ini adalah antara aktiviti yang akan kita laksanakan untuk permulaan dan saya percaya lebih banyak lagi kerjasama lain yang boleh dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Selain itu, UiTM Cawangan Sarawak sentiasa terbuka dan sedia untuk berkongsi kepakaran yang dimiliki dengan masyarakat luar,” katanya pada majlis menandatangani MoU di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Teknikal Geospec Sdn Bhd Jeffery Tay Guan Kiat memaklumkan pihaknya bangga atas peluang yang diberi terutama sekali mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UiTM.

“Dalam inisiatif menjayakan kerjasama ini, kami telah mengadakan perbincangan dan penelitian melibatkan beberapa aspek dan mendapati banyak yang tersedia untuk kita memulakan kolaborasi,” ujarnya.

Majlis menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Jamil bagi pihak UiTM Cawangan Sarawak sambil disaksikan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Sarawak Prof. Dr. Abang Zainoren Abang Abdurahman.

Manakala, pihak Geospec Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengurus Besarnya, Kelvin Hong Tuong Yu dan disaksikan oleh Jeffery.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta