Uji bakat untuk cari pelakon filem ‘Sumpahan Jerunei’ kini bermula

MUKAH: Produksi Seni 2020 Sdn Bhd mengalu-alukan orang awam untuk turut serta dalam uji bakat bagi mencari pelakon-pelakon untuk filem ‘Sumpahan Jerunei’.

Menurut Penyelaras pengambaran, Ali Mohamad ketika dihubungi menjelaskan uji bakat tersebut akan diadakan di Mukah pada 19 Jun (esok) bertempat di Butik Latip pada jam 6 petang hingga 10 malam. Seluruh warga Mukah, Dalat, Oya dan Balingian dan semua kawasan sekitar dialu-alukan hadir untuk turut serta dalam ujibakat ini.

Manakala ujibakat di kawasan Kuching ialah pada 22 Jun ini bertempat di Wisma Melanau pada jam 2 petang hingga 5 petang.

Menurutnya lagi untuk lokasi penggambaran belum ditetapkan, yang pasti akan diadakan di Kawasan Mukah, Dalat dan Bandaraya Kuching.

Menurut masyarakat tempatan Melanau di Mukah, Jerunei merupakan tempat persemadian terakhir golongan yang dihormati oleh kaum Melanau atau golongan raja, bangsawan, pemimpin-pemimpin besar dan saudagar-saudagar yang bersifat dermawan kepada masyarakat.

Setelah itu amalan menggunakan Jerunei ini telah dihapuskan selepas fahaman dan ajaran agama seperti Kristian dan Islam mula bertapak di Mukah. Namun yang pasti kini, di Kampung Tellian Mukah dikenalpasti 6 buah jerunei masih ada berdiri di kampung berkenaan.

Pada April lalu, Pengerusi Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak, Aidan Wing mengumumkan bahawa satu filem berkaitan Jerunei akan dihasilkan bagi menceritakan kisah yang ada berkaitan Jerunei ini.

Jelasnya lagi, filem Sumpahan Jerunei ini juga melibatkan Majlis Adat Istiadat Melanau Sarawak supaya filem yang dihasilkan ini nanti ternyata melambangkan adat, budaya, fakta dan tradisi yang penting mengenai Jerunei dan kaum Melanau di Mukah itu sendiri.

1. Ujibakat di Mukah pada (19 Jun 2019)
– lokasi Butik Latip Mukah.
– jam 6 petang hingga 10 malam..

2. Ujibakat di Kuching (22 Jun 2019)
-lokasi di Wisma Melanau
– jam 2 petang hingga 5 petang

: Iklan Poster ujibakat.

 

: Iklan Poster ujibakat.
Lokasi Ujibakat di Kuching , Wisma Melanau.
alah satu Jerunei yang masih kukuh berdiri di Kampung Tellian.