ARTIKEL

Ujian Mendengar PT3 diteruskan jika tiada jerebu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ujian Mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Al-Lughah al-Arabiah Al-Mu’asirah yang dijadual pada 23, 24 dan 25 September ini akan diteruskan bagi daerah atau kawasan yang tidak terjejas akibat jerebu.

Bagaimanapun, bagi daerah atau kawasan yang terjejas jerebu pada tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 boleh menangguhkan Ujian Mendengar sehingga 31 Oktober 2019.

“JPN, PPD termasuk pihak pengurusan sekolah di seluruh negara telah dimaklumkan akan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menjalankan ujian-ujian ini dan diingatkan untuk secara berterusan memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib,” kata Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPN Sarawak dalam kenyataan menyatakan berdasarkan bacaan IPU pada jam 6 petang semalam di negeri ini yang menunjukkan penurunan dan di bawah IPU 200, maka semua sekolah beroperasi dan dibuka semula hari ini.

“Laporan dari semua Pegawai Bencana PPD memaklumkan semua sekolah di semua daerah akan beroperasi dan dibuka semula esok 23 September 2019 (Isnin),” katanya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU