Ujian saringan Covid-19 masuk ke Bintulu dilanjutkan hingga 27 April

BINTULU: Ujian saringan Covid-19 (rT-PCR) masuk dan transit di Bintulu yang akan tamat pada 18 April dilanjutkan sehingga 27 April ini.

Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu bersetuju untuk melanjutkan tempoh ujian saringan itu serentak dengan tarikh akhir PKPB atau SOP Diperketatkan yang berkuat kuasa 14 hingga 27 April.

Beliau berkata, pelanjutan tempoh tersebut merupakan ‘circuit breaker’ bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 dan bukan menyukar atau menyusahkan masyarakat.

Ini, katanya, kerana pelaksanaan ujian saringan itu dilihat dapat mengurangkan pergerakan dari kawasan lain ke Bintulu.

Jack berkata demikian pada sidang media di Wisma Residen di sini petang Jumaat.

Suara Sarawak