ARTIKEL

Ukiran Iran berusia 2,000 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Cubaan menyeludup ukiran Iran berusia 2,000 tahun ke UK digagalkan barubaru ini apabila barang itu dirampas oleh pihak berkuasa di lapangan terbang Britain.

Khazanah itu merupakan serpihan besar batuan Sasanian, menggambarkan sosok lelaki dan kelihatan ditebuk keluar dari permukaan tebing di Iran, kata pakar.

Menurut laporan Observer, ukiran itu dianggarkan bernilai lebih daripada £30 juta (AS$37 juta).

Pegawai Pasukan Sempadan UK mengesan barang itu selepas curiga dengan cara pembungkusannya, menurut laporan Observer itu.

Mereka yang didapati bersalah di Iran susulan memperdagangkan barang antik, kemungkinan berdepan hukuman mati, sama pesalah sebelum ini yang dihukum mati kerana kesalahan sama dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Selepas mendapat kebenaran daripada Kerajaan Iran, Muzium British berkata karya itu dipamerkan selama tiga bulan sebelum dikembalikan kepada Iran dan ia turut dipamerkan di Muzium Negara di Tehran.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah