ARTIKEL

Ukraine sertai NATO selepas perang tamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky melahirkan keyakinan bahawa negaranya akan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas peperangan dengan Rusia berakhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perikatan ketenteraan Barat mengadakan sidang kemuncak dua hari di Lithuania.

Walaupun jelas bahawa Ukraine tidak boleh bergabung dengan kesatuan itu ketika dilanda konflik dengan Rusia kerana ia akan mencetuskan Perang Dunia III, penyertaan boleh menyusul apabila keamanan telah dicapai.

“Walaupun kedudukan berbeza telah dinyatakan, masih jelas bahawa Ukraine layak untuk berada dalam perikatan itu.

Bukan sekarang – sekarang kita sedang berperang, tetapi kita memerlukan isyarat yang jelas.

“Majoriti pakatan jelas menyokong kami,” kata Zelensky dalam perutusan video.

Beliau menambah bahawa sidang kemuncak di Vilnius pada Selasa dan Rabu ini mesti mengesahkan perkara ini.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan keahlian sejelas dan sepantas mungkin.

“Tugas seluruh pasukan Ukraine – akan diteruskan setiap minit hari ini,” katanya.

Zelensky mengadakan beberapa siri rundingan dua hala di Vilnius, termasuk dengan negara-negara Kesatuan Eropah EU, Amerika Syarikat dan Kanada turut menegaskan bahawa perjuangan Ukraine adalah untuk kepentingan Barat.

Keselamatan sayap timur NATO bergantung kepada Ukraine menangkis serangan Rusia, katanya. – Bernama-dpa

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU