ARTIKEL

Ukur baju di badan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERAPA sebenarnya gaji bulanan yang anda impikan untuk menampung kehidupan anda ketika ini? RM5,000, RM10,000 atau RM15,000?

Tidak dinafi kan, semakin tinggi gaji, semakin banyak komitmen.

Gaya hidup ini antara sebab gaji bulanan yang diperoleh tidak berasa cukup. 

Sebabnya, apabila gaji bertambah, mulalah berhasrat menambah hutang baharu, tukar kereta yang lebih bergaya.

Demikian juga kisah yang tular mengisahkan sepasang suami isteri yang juga penjawat awam dibelenggu hutang dan komitmen di Facebook.

Menurut hantaran tersebut, pasangan suami isteri itu bergelut dengan hutang sehingga baki gaji bulanan mereka berbaki RM550 sahaja untuk perbelanjaan keluarga.

Isteri tersebut merupakan guru gred 41, memiliki tiga anak, manakala suaminya pula, bekerja sebagai polis bawahan berpangkat konstabel selama enam tahun.

Si isteri buntu dengan masalah kewangan yang serius apabila duit gaji habis untuk membayar hutang sahaja.

Lebih parah, si suami pula bergaji kecil kerana dipotong dengan pelbagai pinjaman lain.

Menurut wanita tersebut, mereka masih belum berpeluang membeli rumah namun, memiliki dua buah kenderaan iaitu sebuah Proton X70 dan sebuah Produa Bezza.

GAJI

Bayangkan, gaji si isteri tinggal RM400. Suami pula RM150. Belum termasuk beli keperluan anak.

Duit semua habis untuk bayar pinjaman sematamata.

Beliau agak tertekan memikirkan masalah yang tiada jalan penyelesaian.

Mahu meminta tolong daripada ahli keluarga pula malu, kerana keluarga juga orang susah. 

Tambahnya, dia hanya meluahkan perasaan di platfom berkenaan untuk mendapatkan nasihat orang ramai.

Menurut wanita tersebut, suaminya seorang yang bertanggungjawab dan sangat rapat dengan anak-anak.

Kini, luahan hati wanita tersebut mendapat hampir 2,000 tanda suka di Facebook.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak segan silu menyelar gaya hidup pasangan suami isteri tersebut yang disamakan dengan peribahasa biar papa asal bergaya.

Ramai yang berpendapat, pasangan tersebut harus hidup secara bersederhana, bak kata pepatah, Ukur baju di badan sendiri. 

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar pasangan itu mencari kereta yang lebih rendah bayaran bulanan dan mampu milik supaya tidak rasa terbeban. 

Tidak dinafi kan, berhutang seakan-akan menjadi sebahagian dalam kehidupan kita terutamanya dalam kalangan warga kota hari ini.

TANGGUNGJAWAB

Ia bertujuan menyempurnakan tanggungjawab yang sesuai dengan kehendak dan kos sara hidup.

Bagaimanapun, hutang juga boleh diibaratkan sebagai neraka dunia sehinggakan mengganggu tidur malam dan merencatkan nikmat kebahagiaan.

Andainya tidak ditangani, akibatnya hidup kita akan terus dihantui dengan masalah dan hutang.

Justeru, dalam perbelanjaan keluarga, utamakan keperluan terlebih dahulu dan ketepikan kehendak. 

Jika terlalu mengikut kehendak tanpa memikirkan kemampuan kewangan, percayalah sampai bila-bila pun gaji anda tidak pernah cukup.

Sebabnya, pendekatan yang anda pilih adalah salah.

Apabila anda sering berasa tersepit dengan masalah kewangan, sudah pasti ia boleh mempengaruhi psikologi dan sekali gus membuatkan hidup anda tidak gembira.

Untuk membebaskan diri daripada masalah gaji tidak pernah cukup ini, kenal pasti corak kehidupan kita. 

Corak kehidupan ialah pengaruh yang cukup kuat dalam menentukan cara berbelanja anda. 

Harus diingat, biar setinggi mana pun gaji yang anda terima, jika tidak pandai menguruskannya anda pasti menemui kegagalan.

Nak bahagia, nak tenang, belanjalah ikut kemampuan diri, tak payah ikut orang lain.

Dalam pada itu, mantapkan pengetahuan dan perancangan kewangan untuk membantu mengelakkan hutang tidak terurus, kebankrapan dan penipuan.

Ini kerana, mereka yang celik kewangan boleh membuat keputusan kewangan yang bijak untuk diri sendiri dan juga keluarga, sama ada pelaburan, simpanan atau anggaran pembelanjaan sekali gus menjadikan kita lebih yakin mengurus kehidupan dengan lebih bijak. 

LAIN-LAIN BERITA

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim