Ukur baju di badan sendiri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

RELAKAH kita mencagar wang simpanan sendiri untuk membuat pinjaman peribadi di bank?

Sejak dua minggu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak supaya mencari penyelesaian lebih ampuh untuk membantu rakyat berbanding memberi cadangan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan simpanan sebagai cagaran membuat pinjaman bank.

Yang rakyat minta pengeluaran KWSP bersasar dalam Akaun 2 bukan mencagar simpanan kemudian meminjam daripada bank.

Ketika kemuncak Covid-19 dahalu, bank dicabar untuk menghapuskan hutang bagi tempoh tertentu dan apabila rakyat tengah susah sekarang, bank pula dipersilakan untuk menerima cagaran membuat hutang baharu.

Semasa sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 Peringkat Dasar pada Khamis, Anwar memaklumkan kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Perdana Menteri menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.

Kaedah itu sedang diperhalusi bersama KWSP sebelum diumumkan kepada pencarum. Namun dalam Akta KWSP 1991, tiada peruntukan yang membolehkan wang simpanan persaraan itu dicagarkan kecuali perintah pelucutan hak mahkamah.

Baca lain  Konspirasi gula ancam kesihatan

Jadi, apakah nasib pencarum KWSP yang tidak mampu membayar hutang mereka?

Ramai yang tidak bersetuju sekiranya pindaan akta dibuat bagi membenarkan ia berlaku kerana sangat penting wang simpanan KWSP kebal daripada gelaran kebankrapan.

Satu yang pasti, kadar faedah pinjaman sudah tentu lebih tinggi daripada dividen tahunan KWSP itu sendiri.

Risiko paling besar, pencarum boleh kehilangan keseluruhan simpan jika gagal hutang.

Bagaimana, relakah anda semua mencagar simpanan hari tua sedangkan hari ini terdesak dan dalam keadaan susah?

Lebih parah sesetengah keluarga betul-betul mencatur perbelanjaan, puasa esok lusa serentak dengan pembukaan tahun baharu persekolahan.

Yuran anak bagi sekolah rendah sekurang-kurangnya RM150 atau lebih rendah begitu juga dengan sekolah menengah.

Jika anak berderet bagaikan tandan buah nipah atau sekurang-kurang lima orang bersekolah — sudah dekatdekat RM1,000 termasuk buku latihan.

Bagi yang Muslim, perbelanjaan berpuasa semestinya lebih tinggi berbanding biasa.

Lima anak lima selera dan lebih parah apabila masuk Hari Raya Aidilfitri. Mungkin golongan yang betul-betul terdesak memerlukan perbelanjaan ini, harus diberi ruang untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP dengan terma dan syarat tertentu.

Namun selepas Covid-19, berapa ramai pencarum yang masih memiliki simpanan Akaun 2 melebihi RM10,000?

Baca lain  Setelah tiga bulan si cilik bercuti

Dua anak muda yang saya kenal cuma ada RM500 dan ke bawah dalam Akaun 2 setelah beberapa siri pengeluaran khas di bawah Covid-19.

Dan, jika yang memiliki lebih RM20,000 dalam Akaun 2 mencagar kepada bank, berapa lama lagi mereka mampu mengumpul semula jumlah yang sama dalam KWSP?

Kerajaan mungkin ada kaedah yang lebih cantik untuk membantu pencarum terdesak tanpa perlu mencairkan simpanan KWSP jika gagal bayar hutang.

Namun perbelanjaan sara hidup terserah kepada pengurusan kita sendiri.

Perbelanjaan yang tidak terkawal dan keinginan berbelanja melebihi kemampuan mengeruhkan lagi kedudukan kewangan.

Biasa sikap kita, kadangkala terlupa hendak mengukur baju di badan sendiri atau lupa untuk berjimat sebelum habis.

Bulan belanja buka sekolah anak-anak dan Ramadan serentak mengeruhkan lagi kedudukan kewangan keluarga.

Kita juga perlu sedar sikap kealpaan dan keborosan boleh meningkatkan lagi beban hutang yang lebih serius.

Hakikatnya, proses dan tempoh pemulihan ekonomi pasti akan mengambil masa yang lebih lama, terutama jika ancaman wabak ini masih berterusan.

Kini merupakan tempoh masa yang cukup kritikal dalam aspek ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

Kita harus mengamalkan budaya berjimat, menabung dan perbelanjaan secara berhemat untuk menghadapi masa yang kita hadap sekarang. Ini bukan masanya untuk berbelanja dan boros.

Baca lain  Sarawak wajar miliki LCCT

Antaranya berbelanja secara berhemah ketika membeli juadah berbuka puasa. Boleh dikatakan hampir setiap tahun terdedah pembaziran ketika membeli juadah berbuka.

Justeru, elakkan membeli juadah mengikut nafsu sebaliknya hanya membeli mengikut keperluan keluarga.

Jangan mengharapkan kerajaan sahaja membantu ketika kita terdesak kerana sebanyak mana pun bantuan diberi kerajaan, jika kita tidak pandai memanfaatnya pun tidak menjadi.

Kecil pendapatan, kecil juga cara kita berbelanja. Besar pendapatan pun tidak menghalalkan cara untuk membazir.

Maksudnya, kita harus mengambil kira setiap aspek keperluan dan mengamalkan pendekatan berbelanja jangan boros, berjimat jangan sampai ke tahap kedekut. Kalau hendak berbelanja pun biarlah secara berhemah dan tidak terikut-ikut sehingga melangkaui kemampuan diri sendiri.

Kata kuncinya satu sahaja — ukur baju di badan sendiri.

Oleh itu, disiplin diri penting agar tidak boros berbelanja apatah lagi kini kita boleh membeli dengan lebih mudah dengan hanya di hujung jari.

Biasakan mendengar — orang kaya memiliki banyak wang tetapi hanya sedikit membelanjakan wangnya, sementara orang miskin memiliki sedikit wang dan menghabiskan banyak wang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Teruja dan seronok

SEMALAM kami meraikan 16 pelatih universiti yang bakal menghabiskan latihan

Guru yang kusayang

SELAMAT Hari Guru. Sebahagian besar kawan-kawan saya ialah guru. Apabila

Luka tanpa darah

DADA tiba-tiba terasa sendat, jantung berdegup kencang dengan mata yang

Lain-lain

Teruja dan seronok

SEMALAM kami meraikan 16 pelatih universiti yang bakal menghabiskan latihan