Warga Desa Kotah, Jrengik, Sampang, Madura, Jawa Timur berjaya menangkap ular kepala dua.
Viral di media sosial berkaitan penemuan ular sepanjang 1.5 meter dua kepala berbeza warna itu.
Hosen mengaku menemui ular tersebut semasa membersihkan reban merpatinya pada 3 Jun lalu di kediamannya.
Awalnya, Hosen mengusir ular berkenaan dan memukulnya dengan kayu.
Menyedari ular tersebut unik berkepala dua dengan warna berbeza, Hosen mahu memeliharanya, tetapi sayangnya ular tersebut sudah mati.