ARTIKEL

Pasukan Charlie APM Spaoh menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di Kampung Hulu Spaoh pada hari ini selepas ia dipercayai menelan anak kambing.

Ular sawa kenyang ditangkap selepas menelan anak kambing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Seekor ular sawa sepanjang 10 kaki, yang menelan anak kambing di Kampung Hulu Spaoh, telah ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kes berkenaan kira-kira 10.39 pagi.

Menurutnya, pengadu melaporkan ternampak kelibat sang batik di bawah kandang kambing.

“Sebaik tiba, ular yang dalam keadaan kenyang bersembunyi.

“Setelah lokasinya dapat dikesan, empat anggota yang bertugas menjerat ular berkenaan dengan teknik menjerut,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas kira-kira 16 minit, ujarnya, ular itu berjaya ditangkap.

Jelasnya lagi, pemeriksaan lanjut mendapati ular tersebut telah menelan seekor anak kambing milik pengadu.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

BERITA TERBARU