ARTIKEL

Anggota APM menunjukkan ular tedung selar yang berjaya ditangkap mereka di Kem Lanang, Sibu.

Ular tedung selar tujuh kaki ditangkap anggota APM di Kem Lanang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seekor ular tedung selar berukuran tujuh kaki berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu di Kem Lanang Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini pada Rabu malam.

APM Sibu dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan reptilia itu pada jam 7.05 malam.

Menurutnya, ular tedung itu didapati bersembunyi di bawah sebuah kenderaan pacuan empat roda berhampiran sebuah kuarters.

“Pengadu menemui ular itu bersembunyi dibawah tayar ganti kenderaan tersebut.

“Tiga anggota APM Sibu telah dikerahkan ke lokasi dan menangkap reptilia itu yang dianggarkan seberat satu kilogram menggunakan penyepit ular,” katanya.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.52 malam.

Difahamkan ular tersebut akan dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari manusia.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan