Ular tedung sembunyi di bawah peti sejuk

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral menangkap seekor ular tedung yang bersembunyi di bawah peti sejuk di sebuah rumah Taman Bumiko kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

BBP Miri Sentral menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.21 pagi sebelum tiga anggota bergegas ke lokasi dengan sebuah kenderaan.

Setibanya pasukan bomba ke lokasi, didapati ular tedung berkenaan bersembunyi di bawah peti sejuk.

Operasi mencari dan menangkap reptilia itu dijalankan menggunakan penjerut ular dan berjaya ditangkap kira-kira jam 10.30 pagi.

Operasi ditamatkan jam 10.37 pagi.

….Untuk berita lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak