ARTIKEL

Sekitar rakaman ketika Rentap hadir sekali gus merasmikan pelancaran Stunting Kit sempena Program UM-ASSIST Betong Edition 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong, hari ini. FOTO UKAS

UM cadang perluas Stunting Kit ke prasekolah dan KEMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Universiti Malaya (UM) mencadangkan peluasan penggunaan Stunting Kit kepada kanak-kanak prasekolah termasuk melalui institusi KEMAS bagi memperkukuh pemantauan pemakanan dan tumbesaran sejak peringkat awal.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, terdapat perbincangan untuk mengemukakan inisiatif itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta Kementerian Kesihatan bagi pertimbangan lanjut.

Katanya, peluasan tersebut berpotensi meningkatkan perhatian terhadap pemakanan dan tumbesaran kanak-kanak sekali gus menyokong perkembangan fizikal serta mental mereka sejak usia awal.

“Kit ini bertujuan membantu memastikan anak-anak kita membesar dengan sempurna dari segi fizikal dan mental supaya mereka dapat mencapai potensi yang lebih tinggi.

“Ini juga memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya pemakanan yang berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu juga berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan pelancaran Stunting Kit sempena Program UM-ASSIST Betong Edition 2026 di Dewan Panglima Rentap, Betong, hari ini.

Tambahnya, inisiatif itu turut berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemakanan berkhasiat dalam menyokong tumbesaran kanak-kanak serta mengurangkan risiko masalah pertumbuhan.

Menurutnya, kesihatan kanak-kanak menjadi pelaburan penting dalam membentuk generasi yang sihat dan berdaya saing, selain berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap perkhidmatan hospital dan kemudahan kesihatan.

Stunting Kit yang dibangunkan oleh penyelidik dan ahli akademik UM melalui Fakulti Sains Sukan dan Sains Eksesais itu direka sebagai alat bantu kepada ibu bapa untuk memantau serta merekod pemakanan dan tumbesaran anak-anak.

Kit berkenaan mengandungi Buku Nutri Sukan 360, Carta Ketinggian Lipat, Pita Pengukur, Carta Pemakanan Sihat serta Pinggan Suku Suku Separuh sebagai panduan untuk membantu ibu bapa memahami keperluan pemakanan dan perkembangan anak-anak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan