ARTIKEL

Umat Islam diseru hulur sumbangan melalui TH, bantuan dilaksana menyeluruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Umat Islam digesa agar tampil menghulurkan sumbangan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) Sarawak supaya usaha membantu golongan memerlukan dapat dilaksanakan secara menyeluruh di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, ia susulan TH merupakan institusi Islam yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik selain sebagai institusi penyimpanan wang kepada komuniti Islam.

SIMBOLIK… Nurlaila menyempurnakan simbolik penyerahan replika cek Zakat Perniagaan TH Berjumlah RM1.8 juta Bagi 2022 Sarawak kepada Bolhassan sambil disaksikan Misnu (tengah) dan Amat Kassim Pait (pertama kiri). Photo Ghazali Bujang.

“Simpanan wang komuniti Islam di TH juga dapat membantu memberikan lebih banyak sumbangan kepada masyarakat misalnya penyerahan van jenazah serta sumbangan lain yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Berjumlah RM1.8 juta Bagi 2022 Sarawak sekali gus Penyerahan Kenderaan Mobiliti TH Sarawak 2023 di Raia Hotel di sini, hari ini.

Disebabkan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam untuk bersama-sama membantu TH dalam meneruskan pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Terdahulu,, Pengarah Wilayah TH Sabah dan Sarawak Datin Nurlaila Sa’id dalam ucapannya berkata, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta bayaran zakat kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan 2022.

“Pada masa sama, Program Mobiliti TH hari ini menyaksikan dua van jenazah diserahkan kepada Masjid Darul Halim, Sibu dan Masjid Ar Rahmah, Sarikei. Manakala sebuah van penumpang kepada Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh, Samarahan.

“Diharap sumbangan van ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak masjid untuk keperluan qariah serta aktiviti harian,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi; Pengarah Tabung Haji Negeri Sarawak, Amat Kassim Pait; Timbalan Ketua Sektor Operasi Baitulmal Sarawak, Mohd Yusree Mohd Zain dan Ketua Unit Bahagian Komunikasi Baitulmal Sarawak, Sumiardi Rosli.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,