Trending

Umno masih popular, keahlian lebih tiga juta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa keahlian Umno setakat 6 Jun 2023 ialah sebanyak 3,442,280.


Jumlah tersebut merangkumi 22,125 cawangan dari 191 Bahagian di seluruh negara termasuk di Sabah.
Jelasnya, untuk tahun ini sahaja, penambahan keahlian baharu dari 1 Januari sehingga 6 Jun 2023 adalah seramai 13,442 ahli.


“Sebanyak 8,876 ahli atau 66 peratus daripada jumlah yang mendaftar pada tahun ini berusia 18 hingga 30 tahun.


“Ini merupakan satu petunjuk positif bahawa parti kita masih ada pendukungnya, masih ramai yang ingin turut serta dan Umno parti yang sentiasa terbuka,” katanya memetik Umno Online.


Statistik bilangan ahli teramai diterajui empat negeri iaitu Sabah dengan 604,328 ahli, diikuti Johor (455,125), Selangor (432,030) dan Kedah (302,939).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru