ARTIKEL

Umpan IBLIS terhadap MANUSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IBLIS atau seangkatan dengannya seperti syaitan merupakan makhluk Allah SWT yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran dan memesongkan mereka ke jalan yang dimurkai oleh Allah SWT.

Allah SWT berfi rman: “Ia (Iblis) berkata: “Tuhanku, oleh kerana Engkau memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku menyesatkan mereka semuanya, kecuali hambahamba-Mu yang terpilih antara mereka. Dia (Allah) berfi rman, “Ini ialah jalan yang lurus (menuju) kepada-Ku”.

Sesungguhnya kamu (iblis) tidak kuasa atas hamba-hamba-Ku, kecuali mereka yang mengikutimu, iaitu orang yang sesat.” (maksud al Hijr: 39-42). Maka ia menggembleng tenaga kekuatan yang dimiliki untuk menyesatkan manusia mengikut kecenderungan hawa nafsu.

Sekiranya seseorang itu cenderung ke atas harta benda, maka ia memerangkap manusia melalui cara tersebut sehinggalah manusia tersebut mengikut kehendaknya. Sebagaimana fi rman Allah SWT: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah syaitan.

Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar.

Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih (perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya.

dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (maksud An-Nuur: 21)

CARA IBLIS MENYESATKAN MANUSIA

Sebagai makhluk Allah SWT yang sememangnya berjanji menyesatkan manusia, maka pelbagai kaedah yang diguna bagi menyesatkan manusia agar sentiasa menjauhi perintah Allah SWT dan yang paling dikehendakinya adalah apabila manusia tersebut turut menjadi kawannya dalam menyesatkan manusia.

Antara cara yang diguna oleh syaitan ialah menjanjikan angan-angan kosong — perkara tidak wujud atau kemanisan berbentuk duniawi.

Sebagaimana Allah SWT berfi rman: “Syaitan itu memberi janji kepada mereka dan membangkitkan anganangan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipu belaka” (maksud an-Nisa: 120).

Kemudian syaitan juga menginginkan manusia jauh dari jalan hidup yang benar ke jalan hidup batil (salah).

Melalui Allah SWT berfi rman: “Janganlah sekalikali kamu dipalingkan oleh syaitan.

Sesungguhnya ia merupakan musuh yang nyata bagimu.” (maksud az-Zukhruf: 62).

Mewujudkan perselisihan sesama manusia juga antara kaedah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Kerana perselisihan dan pertelingkahan adalah satu perkara amat mudah berlaku dalam kalangan manusia apabila syaitan menghasut dan ia berlaku berterusan sehingga ke hari ini.

Bertepatan dengan fi rman Allah SWT: “Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar).

Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.

Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi manusia.” (maksud al-Isra: 53).

BERLINDUNG DARIPADA HASUTAN SYAITAN

Nabi SAW mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan bagi melindung diri serta ahli keluarga daripada hasutan syaitan.

Antaranya dengan memperbanyak membacakan al-Quran. Dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur.

Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan al-Baqarah di dalamnya.”

(maksud hadis riwayat Muslim) Menjadikan rumah sebagai tempat yang dilaksanakan ibadah.

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda: “Jadikanlah sebahagian daripada solat kamu di rumah kamu.

Jangan jadikan rumah kamu semua seperti kubur.” (maksud riwayat Bukhari)

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian