ARTIKEL

UMS berjaya lahirkan 84,000 siswazah sejak 29 tahun lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA KINABALU: Sejak ditubuhkan 29 tahun lepas, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melahirkan kira-kira 84,000 siswazah, termasuk 4,236 graduan yang bakal menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen UMS ke-25 bermula hari ini hingga Khamis.


Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kasim Mansur berkata 4,236 graduan yang bakal menerima skrol itu, merangkumi 106 graduan doktor falsafah (PhD), Sarjana (307), Diploma Pasca (144), Sarjana Muda (3,617) dan Diploma 62 orang.


“UMS merupakan universiti komprehensif menawarkan 152 kursus merangkumi pelbagai disiplin aliran Sains dan Sains Sosial serta Sastera. Kadar kebolehpasaran merekodkan peningkatan tahun lalu, dipercayai akan konsisten mengambil kira semakin banyak peluang pekerjaan dicipta dalam tempoh setahun.

“Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan 2023, UMS Career and Internship Fair 2023 pada 9 Dis lepas diadakan sempena minggu Majlis Konvokesyen, di mana terdapat 20 industri mengambil bahagian.
“Career Fair ini anjuran bersama Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar dan Talentbank dan sebanyak 500 peluang pekerjaan akan ditawarkan,” katanya kepada Bernama sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-25.


Kasim berkata UMS pada ketika ini mempunyai seramai 22,073 pelajar, termasuk pelajar prasiswazah dan pascasiswazah daripada kampus induk Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari di Sandakan.

Beliau berkata UMS mempunyai 1,106 kakitangan akademik, 1,872 (pentadbiran) dan 318 (bidang klinikal).


“Dengan ini UMS secara tidak langsung telah membawa kepada peningkatan permintaan untuk pekerja mahir dalam pelbagai sektor, membawa kepada penciptaan pekerjaan dan lonjakan dalam ekonomi tempatan. Ini juga telah menyumbang kepada mengurangkan kadar pengangguran tempatan.

“UMS telah memberi impak yang signifikan dan positif kepada komuniti dan ekonomi tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan, memacu inovasi, memupuk kerjasama dengan perniagaan tempatan, dan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan penglibatan komuniti,” katanya.


Kasim berkata selain menyediakan modal insan terlatih yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara, UMS juga sebuah institusi ilmu yang terletak di lokasi strategik dengan dikelilingi panorama pemandangan yang cantik.


“Entiti reka bentuk bangunan turut menjadi sanjungan dan mendapat perhatian pelancong dan pelawat dari luar negeri. Sehubungan itu, UMS secara tidak langsung menjadi sebahagian dari produk pelancongan komersial.


“Pada masa yang sama, kelebihan ini dimanfaatkan oleh UMS dengan mempromosi kepakaran dan kemudahan infra yang ada dalam kampus, bagi menarik pelanggan yang memerlukan tawaran perkhidmatannya kelak. Sebagai contoh, Hospital UMS yang akan beroperasi kelak turut menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai rawatan yang memerlukan penjagaan khas,” katanya.


Kasim berkata UMS juga memainkan peranan penting, dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui penyelidikan, pendidikan, perkongsian industri, sokongan keusahawanan, dan usaha pembangunan masyarakat.


“UMS menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, akuakultur, bioteknologi, dan tenaga boleh diperbaharui. Aktiviti penyelidikan ini membawa kepada pembangunan teknologi dan inovasi baharu yang boleh dikomersialkan, membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan di Sabah.


“UMS juga menyediakan pendidikan dan latihan kepada sebilangan besar pelajar dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perniagaan, kesihatan dan hospitaliti. Graduan ini menyumbang kepada tenaga kerja mahir di Sabah, memacu pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian

Lelaki perancis sesat di Taman Negara

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. Jurucakap Pusat Gerakan

AI bantu perkembangan bahasa kanak-kanak

Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang. Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) kini menjadi buah

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian