ARTIKEL

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 29 September bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir, memaklumkan bahawa keadaan bapanya berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

Menurut Mokhzani, keputusan membawa Tun Dr Mahathir ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberikan perhatian rapi susulan pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, 100, telah meninggal dunia di IJN pada 28 September dan disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menjelaskan bahawa bapanya sebelum ini berada di IJN untuk menemani Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah sepanjang tempoh rawatan isterinya itu seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU